Tuesday, January 12, 2016

SYARAT-SYARAT PENAMAAN CALON 2016


SYARAT-SYARAT PENAMAAN CALON 2016

1. Hari Penamaan Calon akan diadakan pada 12.01.2016 (Selasa) mulai jam 11:00 pagi hingga 3:00 petang .

2. Calon yang ingin bertanding mestilah terdiri daripada pelajar sepenuh masa IPGKDA (PPISMP, PISMP, DPLI)

3. Ahli JPP akan ditentukan jawatannya selepas Hari Mengundi dalam satu mesyuarat yang akan diadakan oleh pihak JHEP

4. Calon dikehendaki memenuhkan dengan lengkap Borang Penamaan Calon yang disediakan Suruhanjaya Pilihanraya Kampus. Nama dan butir-butir lain ditulis dengan lengkap menggunakan HURUF BESAR. 

5. Semasa penyerahan borang pencalonan kepada kerani pilihanraya, pencadang, penyokong dan Calon hendaklah hadir bersama-sama. Ketiga-tiga mereka hendaklah membawa kad pengenalan dan wang pertaruhan (deposit) sebanyak RM20.00 sahaja. Wang pertaruhan akan hilang jika calon mendapat kurang daripada 1/8 jumlah undi.

6. Seorang ahli tidak boleh menjadi pencadang atau penyokong lebih dari seorang calon untuk satu-satu jawatan. Jika ini berlaku, calon-calon tersebut akan batal pencalonannya.

7. Tiap-tiap calon tidak boleh bertanding lebih daripada satu jawatan. Calon boleh memilih antara kerusi Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) atau Ahli Mesyuarat Tertinggi (AMT)

8. Tempoh penyerahan borang pencalonan ialah dari pukul 11:00 pagi hingga pukul 3:00 petang pada 12.01.2016. Masa tamat penyerahan borang akan diumumkan oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Kampus.

9. Sekiranya tidak ada nama Calon yang dikemukakan untuk mana-mana jawatan, masa tambahan 15 minit akan diberikan iaitu sehingga 3:15 petang dan jika masih tidak ada Calon selepas masa tambahan, tuan pengarah selaku Ketua eksekutif boleh melantik mana-mana pelajar bagi mengisi jawatan-jawatan berkenaan.

10. Masa untuk membuat bantahan akan diberi selama 30 minit (3:00 petang hingga 3:30 petang ) iaitu selepas borang Penamaan Calon disemak, disahkan dan dipamerkan.

11. Jika didapati hanya seorang Calon sahaja dicalonkan untuk mana-mana jawatan (tiada tandingan), maka Calon berkenaan akan diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

12. Tiap-tiap Calon dikehendaki membuat ikrar. Ikrar hanya akan dijalankan oleh Calon sendiri di hadapan pengerusi dan setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Kampus.

13. Bagi Calon yang disahkan bertanding bagi mana-mana jawatan, jika menarik diri selepas masa bantahan akan didenda sebanyak RM10.00 dan Wang pertaruhan sebanyak RM20.00 juga akan hilang.

14. Peraturan-peraturan diatas WAJIB dipatuhi. Bagi calon-calon yang melanggar atau tidak mematuhinya, pencalonan mereka akan ditolak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Kampus 2016

No comments:

Post a Comment