Sunday, January 25, 2015

Laporan PRK IPG Darulaman 2015


Laporan ini mengenai Pilihan Raya Kampus di IPG Kampus Darulaman. Pilihan Raya Kampus (PRK) telah diadakan pada 25 Januari 2015 sehingga 28 Januari 2015. PRK bermula dengan Hari Penamaan Calon yang telah berlangsung pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 4.30 petang di Pusat Kegiatan Pelajar. Namun disebabkan pada sebelah petangnya terdapat kekurangan sambutan dalam pilihan raya kali ini, Ahli SPR telah membuat keputusan bagi meneruskan Majlis Penamaan Calon pada sebelah malamnya, iaitu pada jam 9.30 malam sehingga 11.30 malam. 

Keesokan harinya, Manifesto Calon telah berlangsung dengan jayanya di Foyer Dewan Besar IPG Kampus Darulaman. Pada awalnya, Manifesto Calon dirancang untuk diadakan di dalam Dewan Besar. Namun begitu, disebabkan ketiadaan elektrik maka majlis ini terpaksa dilakukan di foyer dewan. Kami berharap kejadian seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, Manifesto telah berlangsung dengan jayanya. Sokongan pelajar terhadap calon turut memeriahkan majlis.

Pada 28 Januari 2015 , Hari Membuang Undi telah diadakan di Foyer Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman. Majlis telah bermula lewat 25 minit untuk tempoh persediaan bagi ahli SPR. Cadangan untuk Pilihan Raya Kampus akan datang untuk memulakan Majlis Membuang Undi pada jam 8.30 agar tidak berlaku kekacauan dan bersedia dengan majlis yang akan berlangsung. Majlis telah berjalan lancar dengan kehadiran pelajar begitu memberansangkan berbanding tahun lepas. Seramai 749 orang daripada 791 orang dengan peratusan 94.7% pelajar program sepenuh masa IPG Kampus Darulaman telah hadir membuang undi sehingga jam 1.30 petang. 5.31% pelajar-pelajar yang tidak hadir membuang undi pada hari tersebut.

Majlis terakhir yang berlangsung ialah Majlis Kiraan undi bermula pada jam 3.15 petang di Foyer Pusat Sumber dimana Ahli Jawatankuasa dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Di dalam kumpulan tersebut, dibahagikan lagi kepada dua kumpulan, kumpulan pertama untuk mengira undian bagi calon Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan kumpulan kedua pula untuk mengira undi bagi calon Ahli Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Bagi kiraan undi Ahli Majlis Tertinggi, 3 individu diperlukan dan seorang untuk menyebut nama calon. Bagi kiraan undi Ahli Majlis Mesyuarat pula, 3 kumpulan dibentuk, dalam setiap kumpulan 4 orang individu diperlukan; dua orang untuk menyebut nama calon dan dua individu lagi untuk mencatat kiraan undi.

Setelah membuat pengiraan undi untuk pilihan raya pada kali ini, kami telah dapat mengesahkan jumlah undi yang diperoleh untuk setiap kerusi yang dipertandingkan. Keputusan seperti pada bahagian lampiran. Bagi peratusan undi rosak mengikut pecahan kerusi pula adalah untuk kerusi Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 16 undi rosak , manakala untuk kerusi Ahli Majlis Mesyuarat sebanyak 37 undi yang rosak. Oleh itu, nilai keseluruhan undi rosak ialah 53 undi.

Cadangan penambahbaikan untuk PRK pada masa akan datang ialah masa untuk menjalankan PRK diberi masa lebih lama seperti mana pada tahun-tahun lepas. Hal ini kerana, masa yang singkat untuk menjalankan PRK kali ini telah menyebabkan gerak kerja jawatankuasa menjadi kurang persediaan. Walaupun begiu, majlis tetap berlansung dengan lancar. Disamping itu, kami juga berharap agar PRK pada masa akan datang mendapat kerjasama pensyarah untuk memberi kebenaran kepada pelajar untuk mengundi calon pilihan mereka pada hari yang ditetapkan. Kebanyakan pelajar yang tidak hadir mengundi adalah disebabkan pensyarah tidak mengizinkan dan mengadakan kelas pada waktu mengundi. Kami juga ingin mencadangkan kepada pihak atasan supaya membuat jaket khas untuk ahli SPR supaya dapat menaikkan imej dan identiti SPR di kampus. 

Kesimpulannya, setiap program berlangsung dengan lancar dan kami dapat meminimumkan segala kekurangan yang ada dalam program. Semoga pilihan raya akan datang akan berlangsung dengan jayanya dengan seminimum mungkin kekurangan dan kecacatan program.

Disediakan oleh,
(NUR FATIN LIYANA BINTI OMAR)
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus,
IPG Kampus Darulaman.

Friday, January 23, 2015

Penamaan Calon JPP 2015/2016


Kepada siswa pendidik IPG Kampus Darulaman yang berminat untuk menyertai kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/16 bolehlah menjadi calon dalam Pilihanraya Kampus (PRK 2015).

Borang pencalonan boleh didapati di Pusat Kegiatan Pelajar atau dalam Buku Kehadiran kumpulan kuliah masing-masing. Hari penamaan calon akan diadakan pada 25 Januari 2015 (Ahad) ini bermula jam 2.30 petang di Pusat Kegiatan Pelajar.

Seringkali kita bercakap soal hak pelajar, keistimewaan dan menuntut kepimpinan JPP yang lebih baik dan berkesan, maka di sinilah perlunya kita ke hadapan dalam merealisasikan hasrat tersebut.


"Talk the walk, Walk the talk".

Tuesday, January 20, 2015

JAWATANKUASA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA KAMPUS 2015


JAWATANKUASA INDUK
Penaung 
Tuan Haji Mustafa bin Ahmad (Pengarah IPG Kampus Darulaman)

Pengerusi
Tuan Haji Hashim bin Asman (Tim. Pengarah IPG Kampus Darulaman)

Timbalan Pengerusi
En. Ahmad Sukri bin Mustaffa (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

Penasihat :
Tuan Haji Abdullah bin Mat


JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi :
Muhammad Atif Sidqi Bin Sanusi

Naib Pengerusi / Bendahari
Lina Mursyidah Binti Hashim

Setiausaha :
Nur Fatin Liyana Binti Omar

AJK Peti Undi
- Ahmad Fikrul Amin Bin Shanusi
- Nor Asihana Binti Jasmi

AJK Makanan :
Nur Izzah Binti Sauti

AJK Pendaftaran
- Siti Aisyah Binti Abd Aziz
- Nursuhaida Binti Che Hussin
- Muhd Aidil Firdaus

AJK Disiplin :
- Nur Amira Binti Shaukat Ali
- Amira Nazneen Binti Abdul Rahman

AJK Peralatan :
- Muhammad Hafeez Bin Zulkifli
- Nurhati Binti Ambotang

AJK Persiapan Tempat :
- M Jawad Faruqi Bin Zainal Abidin
- Nur Izzah Syazwani Binti Md Redzon

AJK Dokumentasi :
- Hazman Bin Azhar
- Muhd Kamarul Hariff

AJK Seranta/ Runner :
- Anwar Bin Zulkifli
- Nurul Ilina Syazwani