Thursday, January 12, 2017

JAWATANKUASA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA KAMPUS 2017


JAWATANKUASA INDUK
Penaung 
Datin Naimah binti Jaafar (Pengarah IPG Kampus Darulaman)

Pengerusi
Hajjah Nor Azian binti Mohd Darus (Tim. Pengarah IPG Kampus Darulaman)

Timbalan Pengerusi
En. Haji Mohamad Fauzi bin Hamid (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

Penasihat :
Tuan Haji Abdullah bin Mat


JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi :
Adham Zubair bin Azhari

Naib Pengerusi
Nur Masturah Binti Mohamed Nor

Setiausaha :
Sara Zain

Naib Setiausaha :

Siti Murnizah binti Mustapha

Bendahari :
Nabilah bt Abdul Rahman


AJK Peti Undi
- Tor Guan Yi
- Leslie Chua Yiichung

AJK Makanan :
- Siti Hajar Binti Idros
- Nurul Iliayana Binti Sulaiman

AJK Pendaftaran
- Connie Liew Siew Chin
- Law Chai Ying

AJK Disiplin :
- Intan Atikah Binti Abd Razak
- Syadia binti Mohd Muslim

AJK Peralatan :
- Nur Hamizah Binti Mohd Pauzi
- MizahMuawiyah Al Murtadho Bin Fajar Nina Purnama Alam

AJK Persiapan Tempat :
- Siti Aishah Shahida binti Azahari
- Farah Syazwani binti Ahmad Saberi
- Nor Akma binti Che Abdullah

AJK Dokumentasi :
- Felix Fenelon Francis
- Ain Az-Zahra bt Man

AJK Seranta/ Runner :
- Aidah
- Nur Amirah Rosmin

AJK Kira Undi :
- Low Wei Jian

- Nur Fitrah Binti Omar

Tuesday, December 13, 2016

Ikrar Angkat Sumpah pemilihan JPP


Ikrar Angkat Sumpah Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus IPG Kampus Darulaman  bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 201 /201

Bahawasanya saya yang bernama,___________________________________________ nombor kad pelajar,____________________, calon bagi __________________________dalam pilihan raya kampus kali ini berikrar, akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang terkandung dalam Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus IPG Kampus Darul Aman bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 201 /201 .

Jika saya didapati melanggar mana-mana peraturan yang terkandung dalam Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus ini, secara antomatiknya pencalonan saya akan terbatal.
Sekian,Terima Kasih.

Tuesday, January 12, 2016

SYARAT-SYARAT PENAMAAN CALON 2016


SYARAT-SYARAT PENAMAAN CALON 2016

1. Hari Penamaan Calon akan diadakan pada 12.01.2016 (Selasa) mulai jam 11:00 pagi hingga 3:00 petang .

2. Calon yang ingin bertanding mestilah terdiri daripada pelajar sepenuh masa IPGKDA (PPISMP, PISMP, DPLI)

3. Ahli JPP akan ditentukan jawatannya selepas Hari Mengundi dalam satu mesyuarat yang akan diadakan oleh pihak JHEP

4. Calon dikehendaki memenuhkan dengan lengkap Borang Penamaan Calon yang disediakan Suruhanjaya Pilihanraya Kampus. Nama dan butir-butir lain ditulis dengan lengkap menggunakan HURUF BESAR. 

5. Semasa penyerahan borang pencalonan kepada kerani pilihanraya, pencadang, penyokong dan Calon hendaklah hadir bersama-sama. Ketiga-tiga mereka hendaklah membawa kad pengenalan dan wang pertaruhan (deposit) sebanyak RM20.00 sahaja. Wang pertaruhan akan hilang jika calon mendapat kurang daripada 1/8 jumlah undi.

6. Seorang ahli tidak boleh menjadi pencadang atau penyokong lebih dari seorang calon untuk satu-satu jawatan. Jika ini berlaku, calon-calon tersebut akan batal pencalonannya.

7. Tiap-tiap calon tidak boleh bertanding lebih daripada satu jawatan. Calon boleh memilih antara kerusi Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) atau Ahli Mesyuarat Tertinggi (AMT)

8. Tempoh penyerahan borang pencalonan ialah dari pukul 11:00 pagi hingga pukul 3:00 petang pada 12.01.2016. Masa tamat penyerahan borang akan diumumkan oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Kampus.

9. Sekiranya tidak ada nama Calon yang dikemukakan untuk mana-mana jawatan, masa tambahan 15 minit akan diberikan iaitu sehingga 3:15 petang dan jika masih tidak ada Calon selepas masa tambahan, tuan pengarah selaku Ketua eksekutif boleh melantik mana-mana pelajar bagi mengisi jawatan-jawatan berkenaan.

10. Masa untuk membuat bantahan akan diberi selama 30 minit (3:00 petang hingga 3:30 petang ) iaitu selepas borang Penamaan Calon disemak, disahkan dan dipamerkan.

11. Jika didapati hanya seorang Calon sahaja dicalonkan untuk mana-mana jawatan (tiada tandingan), maka Calon berkenaan akan diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

12. Tiap-tiap Calon dikehendaki membuat ikrar. Ikrar hanya akan dijalankan oleh Calon sendiri di hadapan pengerusi dan setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Kampus.

13. Bagi Calon yang disahkan bertanding bagi mana-mana jawatan, jika menarik diri selepas masa bantahan akan didenda sebanyak RM10.00 dan Wang pertaruhan sebanyak RM20.00 juga akan hilang.

14. Peraturan-peraturan diatas WAJIB dipatuhi. Bagi calon-calon yang melanggar atau tidak mematuhinya, pencalonan mereka akan ditolak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Kampus 2016