Tarikh : Khamis, 21 Februari 2013
Masa
: 8.00 pagi
hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Besar IPG Kampus Darulaman
1. Semua guru pelatih berhak untuk
mengundi calon-calon Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Mesyuarat. Sila
jalankan tanggungjawab anda untuk memilih rakan anda bagi mewakili suara anda.
2. Pengundi dikendaki membawa kad
pengenalan atau kad matrik pada hari pilihan raya untuk proses
pendaftaran.
3. Calon Ahli
Majlis Tertinggi akan diundi hanya sebanyak 5 calon sahaja. Manakala calon
Ahli Majlis Mesyuarat hanya akan diundi sebanyak 20 calon sahaja.
4. Setiap pengundi akan
dibekalkan dua keping kertas undi; kertas undi calon Ahli Majlis
Tertinggi dan kertas undi calon Ahli Majlis Mesyuarat.
5. Sila baca arahan pada
kertas undi tersebut yang ditulis dalam tulisan condong (italic).
6. Pengundi hendaklah menanda X pada
kotak yang disediakan. Bilangan tanda yang perlu dipangkah telah dinyatakan
pada kertas undi. Calon hanya dibenarkan menanda X sekurang-kurangnya
satu.
7. Undian akan dikira rosak jika:
a. Pengundi tidak menggunakan tanda X
b. Pengundi menanda X melebihi
had maksimum calon yang dinyatakan pada setiap borang undi.
c. Pengundi tidak menandakan X dengan
minimum satu orang calon.
d. Pengundi menandakan X di
ruangan lain (seperti di sebelah nama, dalam kolum kod calon atau nama calon).
Tandaan X mestilah pada ruangan UNDIAN.
"Selamat Mengundi, pilihlah calon pilihan anda"
No comments:
Post a Comment