Thursday, February 21, 2013

Sekitar Pilihan Raya Kampus 2013

Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Tarikh: 21 Februari 2013
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Besar IPG Kampus Darulaman

Akhirnya, selesai juga Pilihan Raya Kampus untuk pemilihan bakal pemimpin Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2013/2014. Terima kasih kepada semua para pengundi yang hadir membuang undi.
Jom, sambil menghilangkan penat di hujung minggu, kita sama-sama lihat antara gelagat dan memori yang sempat dirakam oleh lensa Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus!


















Keputusan Rasmi PRK 2013




Sekalung ucapan tahniah dan selamat menyertai dunia kepimpinan kampus...



Wednesday, February 20, 2013

Calon AMM











Prosedur Pembuangan Undi Pilihan Raya Kampus 2013


Tarikh             : Khamis, 21 Februari 2013

Masa               : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat            : Dewan Besar IPG Kampus Darulaman


1.    Semua guru pelatih berhak untuk mengundi calon-calon Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Mesyuarat. Sila jalankan tanggungjawab anda untuk memilih rakan anda bagi mewakili suara anda.

2.    Pengundi dikendaki membawa kad pengenalan atau kad matrik pada hari pilihan raya untuk proses pendaftaran.

3.    Calon Ahli Majlis Tertinggi akan diundi hanya sebanyak 5 calon sahaja. Manakala calon Ahli Majlis Mesyuarat hanya akan diundi sebanyak 20 calon sahaja.

4.    Setiap pengundi akan dibekalkan dua keping kertas undi; kertas undi calon Ahli Majlis Tertinggi dan kertas undi calon Ahli Majlis Mesyuarat.

5.    Sila baca arahan pada kertas undi tersebut yang ditulis dalam tulisan condong (italic).

6.    Pengundi hendaklah menanda X pada kotak yang disediakan. Bilangan tanda yang perlu dipangkah telah dinyatakan pada kertas undi. Calon hanya dibenarkan menanda X sekurang-kurangnya satu.

7.    Undian akan dikira rosak jika:
a.    Pengundi tidak menggunakan tanda X
b.    Pengundi menanda X melebihi had maksimum calon yang dinyatakan pada setiap borang undi.
c.    Pengundi tidak menandakan X dengan minimum satu orang calon.
d.    Pengundi menandakan X di ruangan lain (seperti di sebelah nama, dalam kolum kod calon atau nama calon). Tandaan X mestilah pada ruangan UNDIAN.


"Selamat Mengundi, pilihlah calon pilihan anda"

Flow Pilihanraya JPP 2013/2014


Tuesday, February 19, 2013

Calon-calon AMT
















Pilihan Raya Kampus 13: Tarikh Penting


Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Ayuh sama-sama kita catatkan tarikh-tarikh berikut dalam diari kita, mana le tahu terlupa pulak...

18/2/2013 - Pidato dari calon-calon (Manifesto)
21/2/2013 - Hari Mengundi

Selamat berkempen kepada calon-calon yang bertanding dan kepada semua warga pendidik IPG Darulaman, selamat mengundi. 

Undilah calon yang anda rasa layak.

Sunday, February 17, 2013

AYUH KE MANIFESTO CALON2



Tak kenal maka tak cinta, tak dengar maka tak tahu.

Pidato Calon (Manifesto) calon-calon kerusi Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Mesyuarat JPP akan diadakan di DEWAN BESAR pada esok hari pada jam 12.00 tengah hari. 

Diharapkan semua para pelajar IPG Darulaman dapat menghadirkan diri bukan sahaja untuk memberikan sokongan malah untuk menilai dengan sendirinya apa yang ingin dilontar, disampai dan diusulkan oleh calon-calon semua.


~Buka mata, buka hati dan buka minda sebelum kita membuat keputusan. Jangan lupa temujanji kita!!!

Wednesday, February 6, 2013

Calon2 JPP 13/14



SENARAI CALON-CALON YANG SAH BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS IPG DARULAMAN BAGI TAHUN 2013


Berikut merupakan calon-calon yang akan merebut kerusi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) :





Berikut merupakan calon-calon yang akan merebut kerusi Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) :





Selamat Bertanding.
Tunjukkan kebolehan anda.

"JPP, Jalan Perantaraan Pelajar"

Tuesday, February 5, 2013

Sekitar Penamaan Calon



Assalamualaikum dan salam Kedah sejahtera.

Tarikh: 4 Februari 2013
Masa: 2.30 petang - 5.30 petang
Tempat: Bangunan JPP (Pusat Kegiatan Pelajar)

Berlangsungnya proses penamaan calon untuk bakal kepimpinan baru Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014.
Kepada calon-calon yang bertanding, selamat bertanding diucapkan.
Jangan lupa pula bersedia untuk manifesto ya! Di sinilah kalian akan berusaha untuk meyakinkan para pelajar IPG Kampus Darulaman supaya percaya pada anda.
Jom, kita lihat suasana sepanjang penamaan calon! 


Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus sedang berbincang.


Calon-calon yang hadir.


Sabar ya menunggu!


Bacaan ikrar di hadapan Pengerusi SPRK 13.


Tulis, tulis!


Seriusnya.. Heheheh..~


"Apa strategi kita?".


Cik abang semua mengumpat ek?


Masih tersenyum walaupun penat. ^_^


Itulah sahaja setakat ini.



"Jom, kita pakat pi manifesto 18 Februari 2013! Mai noh".